Simpulan bahasa ialah
ungkapan yang terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang
berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan-perkataan tersebut.
Contohnya;
i) hari jadi-ulang
tahun tarikh lahir
ii) langkah kanan-nasib
baik
iii) makan masa-
memerlukan banyak waktu
Pepatah
Pepatah ialah
ungkapan-ungkapan yang berasal-usul daripada pusaka adat resam. Makna
ungkapan-ungkapan itu tidak berubah-ubah. Pepatah berfungsi sebagai pedoman
hidup anggota masyarakat yang mengamalkan sesuatu adat resam. Pepatah memiliki
ciri-ciri puisi tradisional Melayu. Contohnya;
i) Nak kaya
berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai
jimat cermat ialah tangga kejayaan, murah
hati ialah tangga tuah.
ii) Pada sangka pohon
beringin, kiranya tersandar di punggur lapuk
menyangka dapat berkahwin dengan orang
kaya, rupa-rupanya miskin.
iii) Patah lidah alamat
kalah, patah keris alamat mati
Apabila alat-alat kerja sudah rosak atau
hilang, maka kerja-kerja akan tergendala.
Bidalan
Bidalan ialah pepatah
atau peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat. Contohnya;
i) Jika pandai
menggunting, hendaklah pandai menjahitnya.
Kerja yang sudah dimulakan hendaklah
diselesaikan
ii) Jangan bijak
terpijak, biar bodoh bersuluh
Jangan berasa diri bijak tetapi dihina
orang, biar bodoh asal suka bertanya, pasti akan
berjaya.
iii) sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tiada berguna
Berfikir dengan teliti sebelum mengambil
sebarang tindakan
Perumpamaan
Perumpamaan ialah
perbandingan makna yang sangat jelas kerana ia didahului oleh perkataan
seolah-olah, ibarat, bak, seperti, laksana, macam, bagai dan umpama. Contohnya;
i) umpama membungkus
api
menyimpan rahsia lambat laun akan diketahui
juga oleh orang.
ii) Laksana golok kayu,
ditetak tak makan, dijual tak laku
sesuatu yang tidak mendatangkan sebarang
faedah
iii) Bagai burung dalam
sangkar, mata terlepas badan terkurung
hidup yang tidak bebas kerana terkongkong
oleh adat, peraturan dan kuasa