Apa itu bahasa slanga?
Berdasarkan daripada pengetahuan dan pemahaman saya, bahasa slanga ini merupakan bahasa yang sering digunapakai dalam kelompok golongan muda atau remaja. Bahasa slanga ini tidak sesuai digunakan dalam majlis formal atau ketika bercakap dengan orang yang lebih tua. Kebiasaannya, bahasa ini sering digunakan dalam kalangan golongan muda ketika berkomunikasi dalam kalangan mereka sendiri. Antara contoh perkataannya yang sering kita dengar ialah lu, gua, langsi, bikin dan sebagainya.
Apakah faktor yang mendorong penggunaan bahasa selanga secara berleluasa dalam kalangan golongan muda?
Memandangkan saya salah seorang yang juga sering menggunakan bahasa ini, saya mendapati antara faktor utama yang mendorong kepada penggunaan bahasa slanga ini ialah faktor media. Ini dapat dilihat melalui penerbitan dan tayangan filem seperti KL Gangster, Adnan Sempit, Rempit, Bohsia dan sebagainya.
Perhatikan sedutan filem di atas. Penggunaan perkataan lu dan gua dalam filem ini sering kita dengar daripada mulut golongan muda pada masa ini.
Oleh itu, marilah kita sama-sama menerapkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam pengucapan kerana penggunaan bahasa slanga inilah yang telah menyebabkan terjadinya pencemaran bahasa.
No comments:
Post a Comment