Friday 8 March 2013

# 2 Mengenali perkataan Jawa

 Saya merupakan anak jati negeri  yang diberi jolokan "Jelapang Padi" iaitu negeri Kedah. Semasa kelas sosiolinguistik pada hari Jumaat saya telah mendapat ilmu baharu tentang perkataan yang tidak biasa saya dengar sebelum ini iaitu berkaitan dengan perkataan Jawa.

  Rakan saya iaitu saudara Nor Azizi Abdollah telah membentangkan tentang struktur masyarakat Jawa di hadapan rakan-rakan dan dia menyelit tentang perkataan Jawa ini. Pada pendapat saya, perkataan Jawa amat unik dan jika kita dengar sekali lalu kita akan merasakan bahawa maksud itu sangat jauh dengan maksud yang kita sangkakan.

  Azizi menyenaraikan beberapa perkataan Jawa dan saya hanya dapat mengingati dua perkataan iaitu:

a. Mandri beerti makan.
b. Kapala lutut beerti kapal terbang.

Lucu mendengarnya bukan? Tetapi itulah keunikan yang ditunjukkan oleh bahasa Jawa dan saya percaya bahasa dari negeri lain juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

2 comments:

  1. Assalamualaikum saudara hafidz. Saya bentang masyarakat Bugis. Sila kemas kini kembali catatan anda..hehe

    ReplyDelete
  2. Waalaikummussalam. Maaf saya keliru antara Jawa dan Bugis. Tetapi sistem bahasa tak jauh bezanya bukan?

    ReplyDelete